fb fb fb fb fb

PDRM tidak kompromi dengan anggota lakukan jenayah

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana anggota yang melakukan kesalahan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, siasatan yang telus akan dijalankan ke atas pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima hingga mengakibatkan kematian.

Jelas Ayob, tiada layanan berbeza diberikan terhadap tertuduh yang dikatakan dikawal ketat ketika pendakwaan dan menyifatkan kes itu sebagai kes 'off interest' atau kes yang mendapat perhatian ramai.

Perkara itu menyebabkkan kawalan perlu dilakukan untuk mengelak elemen mengganggu atau menggugat keselamatan ketika sesi pendakwaan berlangsung.

"Kita turut berduka dengan insiden yang berlaku, tetapi yang penting tindakan telah diambil ke atas tertuduh. Jadi biar mahkamah yang menentukan," katanya dalam satu sidang media di ibu negara.

Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie maut dilanggar dan diseret kereta dipandu pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendent Polis (DSP) sejauh lebih lima meter di Jalan Taman Jati, Ipoh, Perak pada 15 Disember lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI