fb fb fb fb fb

Ops Tapis: 254 individu ditahan di Kelantan

 

KOTA BHARU, 23 Oktober- Polis Kelantan menahan 254 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Tapis Khas yang bermula 18 Oktober sehingga semalam.

Ia melibatkan 221 kes bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun (AR) 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1985.
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Zaki Harun berkata, Kesemua ditahan berumur antara 16 hingga 64 tahun terdiri daripada 246 warga tempatan dan lapan warga asing.

Dalam tempoh operasi tersebut juga, pihaknya telah merampas dadah bernilai lebih 660-ribu ringgit dan menyita harta berjumlah RM115,000.

"221 kes telah dibuka dalam pelbagai seksyen kesalahan dan seorang yang ditangkap adalah pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Tumpat.

"Kalau diikutkan sepanjang Januari hingga sekarang 30 pelajar ditangkap terlibat dalam pelbagai termasuk tindakan tindakan yang seksyen besar,"katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
 


(Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Zaki Harun)

Media Baharu