fb fb fb fb fb

Ops Khas: 20 termasuk pemandu mabuk ditahan di Johor

FOTO POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU, 7 Januari- Seramai 20 individu termasuk lima pemandu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk ditahan oleh polis Johor sepanjang Ops Khas dari 3 hingga 5 Januari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk M. Kumar berkata operasi tersebut juga menyaksikan 467 saman dikeluarkan terhadap pesalah yang mengabaikan isyarat lampu merah dengan tindakan diambil bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda antara RM300 hingga RM2,000.

Sebanyak 48 kenderaan turut disita manakala 1,271 saman tambahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lain.

M. Kumar berkata semua tangkapan dan sitaan kini disiasat mengikut Seksyen 45A(1), Seksyen 42(1), dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AISHAH MD ISA