fb fb fb fb fb

Mayat lelaki Nepal ditemukan terapung di Sungai Klang

Foto Hiasan

SHAH ALAM, 17 Mac - Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan terapung di Kunci Air Sungai Klang, Seksyen 17, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mayat warga Nepal itu, ditemukan dalam keadaan terlingkup dan lengkap berpakaian oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada 11.56 malam.

"Pemeriksaan pihak forensik ke atas badan si mati yang turut menemui salinan pasport Nepal dan mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN