PENGKALAN KUBOR, 6 Januari- Seorang lelaki warga Thailand ditahan bersama 22 botol darah babi di Pengkalan Kubor, Kelantan, 21 Disember lalu.
Penahanan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan.
Ketua Pintu Masuk Pengkalan Kubor, Mohd Ariwadi Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam pemeriksaan rutin selepas dikesan membawa barangan itu tanpa dokumen dan perakuan yang sah.
Barangan tersebut ditemukan di dalam plastik hitam di ruang tempat duduk hadapan penumpang kenderaan warga Thailand terbabit.
Penahanan dan rampasan dilakukan bagi mencegah risiko kemasukan penyakit African Swine Fever (ASF) ke negara ini.
Kes disiasat mengikut bawah Seksyen 11(1) Akta 728.