fb fb fb fb fb

Love Scam: Peguam wanita rugi RM1.7 juta

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 September - Seorang peguam wanita berusia 58 tahun mengalami kerugian lebih RM1.7 juta selepas diperdaya sindiket 'Love Scam'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa mengenali suspek yang memperkenalkan diri sebagai warga Amerika Syarikat melalui aplikasi WhatsApp pada Julai lalu.

"Suspek mendakwa bekerja sebagai marin geologist dan meminta mangsa membuat pembayaran ke beberapa akaun untuk membantu membawa masuk wang ke Malaysia selepas kononnya dirompak. Mangsa mengalami kerugian RM1,757,490 akibat penipuan tersebut," katanya pada Sidang media mingguan JSJK di Ibu negara.

Tambah Ramli, suspek kemudian berjanji untuk memulangkan semula wang mangsa, bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang pemulangan wang.

Ramli turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan hubungan maya, terutamanya jika terdapat permintaan wang secara tiba-tiba.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN