fb fb fb fb fb

Lelaki warga emas ditemukan maut dipercayai dibunuh

Mayat lelaki berusia 64 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring

IPOH, 26 Oktober - Seorang lelaki warga emas ditemukan tidak sedarkan diri di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Abang Zainal Abang Ahmad berkata mangsa berusia 64 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring dan tiada kesan kecederaan di tubuh badannya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Tindakan pantas polis pada 25 Oktober 2024, pihak polis daerah Ipoh telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan warga tempatan berumur 24 tahun bagi membantu siasatan.

"Hasil semakan ke atas tangkapan mendapati tiada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 November depan selepas pihaknya membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat.

"Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes diminta agar tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Sukjit Singh di talian 019-5505536 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

GRACE AISYAH KEDAYAN