fb fb fb fb fb

Langgar lari anggota polis, pasangan kekasih direman tujuh hari

FOTO HIASAN

IPOH, 6 Februari- Seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki melanggar seorang anggota polis di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor pada malam Ahad, direman tujuh hari.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata permohonan terhadap kedua-dua suspek berusia 33 dan 34 tahun itu dibuat pagi tadi di Mahkamah Majistret Ipoh.

Permohonan tersebut bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Semalam pasangan tersebut ditahan kurang 24 jam selepas melanggar seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami patah tulang rusuk dan bahu.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC selain mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE