fb fb fb fb fb

Langgar hak cipta muzik, dua premis pusat hiburan diserbu

KPDN Pulau Pinang serbu dua premis hiburan di George Town semalam/Fofo KPDN

GEORGE TOWN, 12 September – Dua premis pusat hiburan berlesen di sekitar George Town diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang semalam atas kesalahan melanggar hak cipta muzik yang digunakan secara komersial tanpa kebenaran.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 6 petang itu adalah hasil risikan selama tiga bulan dengan kerjasama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan, berkata tindakan premis-premis tersebut telah berulang kali diberi amaran oleh RIM, namun tidak diendahkan.

“Mana-mana pihak yang menggunakan karya hak cipta untuk tujuan komersial wajib memohon kelulusan daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

"Hasil daripada pemerksiaan yang dijalankan, sebanyak 14 perisian salinan langganan karya muzik ditemui semasa serbuan, dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM30,000," katanya.

S.Jegan turut mengingatkan bahawa kesalahan itu dikesan di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987, dan hukuman denda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara tidak lebih lima tahun boleh dikenakan.

Antara barangan yang disita termasuk set karaoke digital audio, (6) unit mikrofon, (4) set pembesar suara, (2) buah televisyen, dan(1) unit skrin sentuh karaoke.

"Premis tersebut disyaki membuat salinan langgaran sebanyak 14 buah lagu," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN