fb fb fb fb fb

Kes tiga sekeluarga maut kebakaran ada unsur jenayah, polis buru Azman

Suspek utama iaitu Azman Mohamed, 48, kini sedang diburu polis

MUAR, 10 Ogos- Polis mengesahkan kes kebakaran rumah yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, awal pagi semalam sebagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ia selepas hasil bedah siasat ketiga-tiga mangsa dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan unsur jenayah

“Pihak polis mengklasifikasikan semula kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Kini usaha mengesan suspek utama iaitu Azman Mohamed, 48 yang juga anak kepada pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran berkenaan sedang giat dijalankan” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline IPD Muar di talian 06-9564800, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat, Noradriana Nor Hasyim, 11, bersama datuk dan neneknya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, maut selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan terbakar.

ZEHRA BINTI ZAMBRI