fb fb fb fb fb

Kes buli MRSM: Polis selesai rekod keterangan tujuh pelajar

NIBONG TEBAL, 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi membantu siasatan kejadian buli yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata secara keseluruhannya tujuh pelajar telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini, polis percaya tujuh pelajar tingkatan tiga terlibat dalam kejadian itu, termasuk mangsa dan perakam.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya jika polis akan merakam keterangan pihak lain, Mohd Norazmi berkata ketika ini fokus adalah kepada pelajar disyaki terlibat dengan kejadian sahaja.

Sebelum ini polis mengesahkan video tular berdurasi satu minit 31 saat memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja. - BERNAMA

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN