fb fb fb fb fb

Keputusan DNA sah Nur Farah Kartini

Van jenazah UPSI

SUNGAI BULOH, 18 Julai- Keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada ahli keluarga,mengesahkan mayat wanita yang ditemukan, di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor, milik Nur Farah Kartini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan laporan keputusan ujian DNA tersebut.

Ketika ini, ahli keluarga Allahyarham Farah Kartini berada di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh bagi proses tuntutan jenazah.

Menurut abangnya Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Sementara itu, tinjauan sekitar di sebuah ladang kelapa sawit, Sri Kledang, Hulu Selangor yang merupakan kawasan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah.

Menurut Hussein Omar Khan, lokasi itu juga dipercayai tempat allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.

Setelah menemukan telefon pintar mangsa semalam, polis akan meneruskan siasatan dengan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan itu di sebuah lagi kawasan di Perak, kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi pertama.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI