fb fb fb fb fb

Kegiatan proses sisa elektronik haram bernilai RM71.52 juta ditumpaskan

Foto Polis Johor

JOHOR BAHRU, 16 Februari- Polis Johor bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menumpaskan kegiatan pemprosesan sisa elektronik secara haram, bernilai RM71.52 juta, menerusi serbuan di tiga buah premis di Desa Cemerlang, Ulu Tiram, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata serbuan dijalankan menerusi Op Taring Landai itu, melibatkan rampasan ke atas 2,499 tan komponen elektrik.

"Dua lelaki warga asing ditahan, dipercayai bekerja di premis berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati semua sisa elektronik tersebut diimport tanpa permit sah.

"Operasi turut melibatkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Imigresen 1959/63, dan Undang-undang Kecil MBJB 2016.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM