fb fb fb fb fb

Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai RM346,075

Antara minuman keras yang dirampas Kastam Sarawak

KUCHING, 26 Julai - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak merampas 68, 888 batang rokok dan hampir 8,000 liter minuman keras yang disyaki barang tak berkastam di Kuching pada 17 Julai lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya menerusi satu kenyataan media mendedahkan, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM346,075,000 termasuk duti dan cukai.

Beliau memberitahu hasil dari penyaluran maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota dari unit terbabit melakukan pemeriksaan ke lokasi premis di kawasan Kenyalang Park.

Hasil pemeriksaan ke atas premis itu, pasukan berkenaan menjumpai sejumlah rokok dan minuman keras yang disyaki barang tak berkastam.

Seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 tahun mengaku sebagai pekerja di premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Norizan berkata, modus operandi sindiket dengan menggunakan premis yang tersembunyi menyimpan, menjual serta mengedar rokok dan minuman keras ke pasaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

GRACE AISYAH KEDAYAN