fb fb fb fb fb

Kastam rampas syabu bernilai RM6.6 juta, disorok dalam mesin pengukur

Anis Rizana Mohd Zainudin (tiga kiri) pada sidang media penyeludupan dadah di Kompleks Kastam Kargo KLIA, hari ini

SEPANG, 16 Oktober - Dadah bernilai lebih RM6.6 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Sebanyak 40 kilogram dadah jenis syabu dikesan dalam sebuah mesin industri melalui pemeriksaan harian di Terminal Kargo KLIA pada 6 Oktober lepas.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata modus operasi penyeludup adalah mengikrarkan dagangan sebagai mesin pengukur industri dan menyembunyikan dadah dalam bahagian rahsia.

"Kes ini diperolehi hasil kerjasama keselamatan bersama Kerajaan Arab Saudi dan JKDM yang telah menerima maklumat risikan daripada Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi," katanya pada sidang media penyeludupan dadah di Kompleks Kastam Kargo KLIA, hari ini.

Tambahnya, JKDM akan terus bekerjasama dengan negara luar dan pelbagai agensi bagi memerangi penyeludupan dadah ke negara ini.

Trainee2