KOTA BHARU, 31 Julai- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas hampir 4,000 kilogram tembakau kering bernilai keseluruhan RM253,000 di Jalan Machang - Jeli, 24 Julai lalu.
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long memaklumkan, dua suspek berusia 30-an turut ditahan.
"Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk dagangan tersebut dari negara jiran melalui Sungai Golok mengunakan sampan atau motor bot sebelum dimuatkan mengunakan motolori sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
"Siasatan awal juga mendapati tembakau kering ini akan dihantar ke negeri utara Semenanjung untuk pasaran di sana", katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Kelantan di Kota Bharu hari ini", katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat JKDM Kelantan di Kota Bharu.
Penyeludup melakukan aktiviti tersebut pada sebelah malam serta menggunakan pangkalan haram yang kurang aktif bagi mengaburi pihak berkuasa.
Wan Jamal memaklumkan, hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek dibayar upah RM100 setiap seorang untuk melakukan penghantaran tersebut.
Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967