(Sim Chon Siang ditemui media di Sepang)
SEPANG, 22 Disember- Enam mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Myadwaddy, Myanmar berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam bersama-sama Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.
Usaha membawa pulang kesemua mangsa melibatkan kerjasama pasukan polis dengan Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
"Saya pergi dan kita uruskan semua dokumen hantar ke MAESOT ke Bangkok. MAESOT ke Bangkok 9 jam dalam kereta dan kita uruskan jadi terima kasih kepada Kedutaan Besar Bangkok untuk uruskan perkara ini," kata Sim.
Dua daripada mangsa adalah pemuda berusia 21 dan 19 tahun yang berasal dari Parit Raja, Johor.
Manakala empat lagi mangsa berusia 25 hingga 30 tahun berasal dari Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Usaha mencari sembilan lagi warganegara yang dipercayai masih terperangkap di Myawaddy terus dipergiat.
(Enam mangsa sindiket penipuan pekerjaan berjaya dibawa pulang)