SETIU, 8 April - Dua lelaki didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setiap seorang selepas mengaku bersalah menyeludup 228 keratan karkas babi dari Thailand tahun lepas.
Keputusan dibuat terhadap tertuduh Devaraju Naidu Silvaraju, 38 tahun dan P. Raviendran Permalo, 45 tahun.
Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mahkamah juga memerintahkan karkas babi seberat 9,120 kilogram bernilai RM246,240 itu dilupuskan secara tanam.
Sebelum ini, karkas babi itu dijumpai di dalam sebuah lori kontena sejuk beku tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu.
Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan, Kampung Pak Kancil, Setiu, pada 9 November tahun lalu.