SHAH ALAM, 22 September- Seorang pegawai Jabatan Imigresen yang dipercayai dalang utama sindiket 'counter setting' direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 28 September terhadap tertuduh lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Perintah reman tersebut dikeluarkan selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Suspek ditahan semalam di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Tertuduh, yang diwakili oleh peguam Shahidah Muslimah, didakwa menerima rasuah di kaunter Imigresen KLIA, Sepang, daripada ejen sindiket.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai balasan untuk membenarkan kemasukan warganegara asing yang tidak memenuhi syarat ke Malaysia.
Perbuatan itu dilakukan antara tahun 2021 hingga 2023 ketika suspek masih bertugas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
BERITA BERKAITAN: