fb fb fb fb fb

Budak enam tahun ditemukan maut dalam mesin basuh

(FOTO RTM)

IPOH, 17 Oktober- Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun ditemukan maut dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, di sini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh neneknya dalam sebuah mesin basuh pada pagi Isnin.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan disahkan meninggal dunia.

Bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

(FOTO HIASAN)

Media Baharu