fb fb fb fb fb

Amang seksual: Bicara 4 pembantu guru madrasah GISBH diteruskan di mahkamah

FOTO RTM

SEREMBAN, 14 Februari- Perbicaraan ke atas empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak, diteruskan bawah pertuduhan asal mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Keputusan dibuat Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen Seremban selepas pihak pembelaan menolak tawaran pihak pendakwaan yang menawarkan pertuduhan pilihan bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan dan Muhammad Wajih Zakwan Hanif.

Prosiding perbicaraan ditangguhkan kepada tarikh 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula.

Pada September tahun lalu, empat lelaki dilaporkan ditahan dalam Op Global dan didakwa atas 20 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di sebuah madrasah di Kuala Pilah antara tahun 2022 sehingga 2023.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE