fb fb fb fb fb

Ziva Magnolya lancar album 'Merangkai'

Ziva Magnolya

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Ziva Magnolya, melancarkan album keduanya berjudul Merangkai yang mengetengahkan genre Pop RnB.

Menurut Ziva album berkenaan sudah lama diimpikan yang juga disifatkan sebagai muzik yang sangat dekat di hatinya.

"Album ini benar-benar mencerminkan diri saya. Sejak dahulu lagi saya sangat ingin menghasilkan album Pop RnB kerana saya amat menyukai muzik genre ini. Jadi boleh dikatakan, album ini benar-benar saya," katanya.

Dari segi tema, Ziva tetap membawa kisah cinta, namun dipersembahkan dari pelbagai perspektif, menjadikan setiap lagu dalam album tersebut saling berkait.

'Merangkai' mengandungi sembilan buah lagu, tiga daripadanya telah dilancarkan sebelum ini; Abadi, Wanita Biasa, dan Cukup.

"Harapan saya, semoga album ini dapat diterima oleh ramai pendengar dan memberi semangat kepada sesiapa yang mendengarnya. Jadikan ia teman harian anda," tambahnya.

Lagu lain dalam album 'Merangkai' termasuk Intro, Abadi, Tertarik Atau Baik, Sesuka Hati, 200K, Kata Kata, Against All The Odds (ft. Kaleb J), Wanita Biasa dan Cukup.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI