FOTO AFP
LIVERPOOL, 24 Februari- Liverpool berjaya membelasah Leeds 6-0 di Anfield sekali gus merapatkan kedudukan dengan Manchester City sebagai pendahulu liga.
Penyerang duo The Reds, Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing menyumbang dua gol bagi membantu pasukan seawal minit ke-15.
Salah menambah rekod jaringannya musim ini kepada 27 gol menerusi 31 penampilan selain turut membantu gol Joel Matip ketika Reds mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Tandukan Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan pasukan itu pada babak akhir permainan.
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp kini menumpukan kepada aksi final Piala Carabao berdepan Chelsea Ahad ini selain turut berpeluang memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua pada musim ini.
"Saya rasa bagi mereka di luar, adalah lebih baik untuk memiliki jurang tiga atau enam mata berbanding 20 atau 30, jadi ia menarik," kata Klopp.
"Tapi kami perlu menang lebih banyak perlawanan berdepan semua lawan sukar dan itu cabaran penuh muslihat. Kami akan cuba."
Di kedudukan antara terbawah liga, Leeds menyedari kemenangan 1-0 Burnley mengatasi Tottenham mengurangkan jurang antara kedua-dua pasukan itu di zon penyingkiran kepada tiga mata.
Leeds kini melepaskan gol paling banyak dalam Liga Perdana iaitu 56 pada musim ini.
Liverpool dijadual berdepan pencabar utama, skuad The Citizens pada April depan selepas seri 2-2 pada perlawanan sebelumnya. -AFP