KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Isu kesihatan mental perlu ditangani secara terbuka agar individu yang mengalaminya lebih bermotivasi untuk pulih.
Penyanyi, Syafeek Ikhwan tidak hanya prihatin terhadap isu tersebut tetapi turut memberi sokongan dalam menanganinya bersama Krayon4Society.
Jelas Syafeek, isu kesihatan mental dalam kalangan selebriti tempatan juga semakin membimbangkan.
Sebagai individu yang cakna mengenai isu tersebut, Syafeek terbuka hati untuk menggalas tanggungjawab dalam menyebarkan lebih banyak informasi berkaitan kesihatan mental kepada umum.
"Untuk mengetengahkan isu penyakit mental ini pada Syafeek bukan perkara baharu, cuma ramai yang tidak tahu rasa untuk berkongsi. Jadi Syafeek rasa ini tanggungjawab bagi kesedaran, menggunakan platform sebagai selebriti, supaya orang tahu kesihatan mental ini bukan sesuatu yang dimalukan. Penyakit ini ada bantuan, boleh pergi jika perlu," katanya kepada pemberita di sini.