NEW YORK, 6 Mei- Penyanyi dan ikon fesyen terkenal, Rihanna, sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan kehamilan anak ketiganya bersama penyanyi rap, A$AP Rocky pada acara fesyen, Met Gala 2025 pada Isnin.
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, 37, muncul di karpet merah dalam persalinan serba hitam sambil memegang perut.
A$AP Rocky yang juga bertindak sebagai pengerusi bersama untuk Met Gala tahun ini mengesahkan berita kehamilan kepada wartawan sambil mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah.
"Kami sangat gembira dan berterima kasih atas sokongan semua," katanya.
Pasangan itu kini merupakan ibu bapa kepada dua anak lelaki – RZA yang lahir pada Mei 2022 dan Riot pada Ogos 2023.
Rihanna juga pernah mengejutkan dunia dengan pengumuman kehamilan keduanya semasa persembahan Super Bowl tahun lalu.
Pendedahan kehamilan di Met Gala kini menjadi trend, dengan bekas pemain tenis profesional Amerika Syarikat, Serena Williams dan model terkenal, Karlie Kloss turut melakukannya pada tahun-tahun terdahulu. -AFP