fb fb fb fb fb

Pian Cecupak meninggal dunia, ditemui terbaring di dalam bilik air



SENTUL, 27 Januari - Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, di sini pukul 8 malam semalam.

Allahyarham yang berusia 52 tahun ditemui terbaring di dalam bilik air kediaman tersebut.

Punca kematian masih belum dikenal pasti.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.

Malah Allahyarham kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan dan disahkan mengalami serangan jantung serta diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

 

Media Baharu