fb fb fb fb fb

Naim Daniel tampil dengan kumpulan kugiran MUAH!

Foto Sony Music

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Naim Daniel kini muncul dengan kumpulan kugirannya sendiri iaitu MUAH!

Kumpulan yang menampilkan irama pop rock sebagai genre utama dalam penciptaan lagu itu dianggotai Naim sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram),dan Ayai (Keyboard).

Selepas bernaung bawah Sony Music, mereka tampil dengan buah tangan pertama mereka, iaitu BBF.

"Lirik lagu ni kami tulis dengan sangat mudah dan penggunaan bahasa dalam lagu ini pun boleh dikatakan menggunakan bahasa pasar supaya apabila pendengar mendengar lagu ni, mereka akan lebih mudah memahami serta merasa dekat dengan kehidupan mereka," jelas mereka tentang lagu ini.

Proses rakaman karya sentuhan Naim Daniel dan Mairil Hafiz yang juga merupakan komposer dan penulis lirik lagu tersebut disifatkan sangat mudah.

Ia berikutan penerbit Max Musa, memahami kehendak mereka dalam lagu itu.

"Kami juga saling bertukar idea untuk memastikan hasil lagu ini menjadi lebih baik. Sebelum kami mula merakam lagu BBF, kami pernah buat demo dan banyak kali berlatih di dalam studio.

"Dari versi pertama sampailah ke versi terakhir. Bila semua ahli kumpulan dah tahu bahagian masing-masing yang perlu dimainkan, kemudian barulah kami rakam lagu BBF," katanya lagi.

Namun semasa rakaman lagu berkenaan Max Musa mengalami kecederaan di telinga berikutan baru pulang ke tanah air.

"Jadi semasa proses rakaman dia tidak dapat mendengar dengan baik. Jadi, dari situ kami kena saling membantu untuk teruskan rakaman lagu ini," tambah mereka.

Pada masa sama MUAH! mengharapankan lagu BBF dapat diterima dengan baik daripada pendengar serta dapat menembusi pasaran industri muzik tempatan dan luar negara.

'BBF' boleh dimuat turun di semua platform digital secara dalam talian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI