fb fb fb fb fb

MGGA, MIFFEST 2022 Terima sokongan penuh MOTAC

(FOTO kr8tifexpress)

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Buat kali ke-5, Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi acara Malaysia Golden Global Awards (MGGA) dan Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022 (MIFFest).

Festival gilang gemilang itu menerima hampir 200 pencalonan dari 15 buah negara selain Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut memberi sokongan penuh terhadap penganjurannya.

Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne Goh, Filem dari Amerika Syarikat bertajuk 'Edge Of The World' turut ditayangkan buat pertama kalinya yang mengisahkan kisah James Brooke dan menjalani pengambaran sepenuhnya di Sarawak.

Filem popular tempatan "Prebet Sapu" turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

(Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya/FOTO MGGA)

MIFFest akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Julai, manakala kemuncak malam Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya.

Sementara itu, percaya pada bakat yang dimiliki anak tempatan, Penerbit Filem Aron Koh kini membuka sebuah akademi seni yang memberi fokus kepada industri perfileman.

Pembukaan Quinton Academy oleh bekas pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta, Universiti Lim Kok Wing itu mendapat kerjasama Akademi Filem New York yang menawarkan kursus dan sijil bertaraf antarabangsa.

Quinton Academy menawarkan 10 sijil professional dengan kursus diploma dan ijazah lanjutan bakal bermula Julai ini dengan pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa termasuk pelajar yang akan memulakan pengajian secara dalam talian.

Media Baharu