KUALA LUMPUR, 20 September - Lebih 2,000 peminat menyaksikan Midnight Fusic – Forevermore 2025, sebuah konsert istimewa band indie-rock kesayangan ramai itu.
Persembahan dimulakan dengan 'Intro' (G maj, BPM 118) yang membangkitkan debaran, sebelum medley 11 minit 'Time Machine, Sandiwara,WLWA' membuka tirai.
Sorakan bergema apabila lagu ikonik 'Off My Mind' dipersembahkan. Ia merupakan antara karya penting yang melonjakkan nama mereka.
Penonton terus dibuai dengan 'I Don’t Wanna Dream Tonight', kolaborasi eksklusif 'Vertigo' bersama Lunadira, serta 'Lovesick' yang menambahkan nuansa melankolia.
Energi kembali memuncak menerusi 'Summer Love' bersama Lil Asian Thiccie, sebelum 'I Just Wanna Go Outside , UTW' dan kehadiran 'Cahayaku' yang memaut emosi dengan syahdu.
Babak pertengahan diserikan dengan 'Ingatlah Selamanya' yang menggamit sorakan penuh nostalgia, sebelum rentetan lagu penuh tenaga, 'One More Time', 'Upside Down', 'Modus Operandi' dan 'Strangers' yang menggegarkan pentas.
Midnight Fusic menghadiahkan encore beremosi dengan 'Heart of May', 'Caramel Cream' dan gabungan 'Residue dan Outro', menamatkan malam konsert.
Lebih dua jam persembahan Forevermore 2025 membuktikan mengapa Midnight Fusic terus kekal relevan dalam landskap muzik Malaysia.