fb fb fb fb fb

Konsert Ini Baru Bintang 4.0 angkat tema 'Solidariti Palestin'

Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mendendangkan lagu Oda Bumi Anbia pada Konsert Ini Baru Bintang 4.0

KUALA LUMPUR, 19 November- Mengangkat tema 'Solidariti Palestin', Konsert Ini Baru Bintang 4.0, mendapat sambutan positif dengan kehadiran kira-kira 1,000 penonton.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, antara yang tampil membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.

Dihoskan oleh Awal Ashaari, konsert turut membariskan artis terkenal lain seperti Dayang Nurfaizah, Sharifah Zarina, Zahid Baharudin, Ayie Floor 88, Zizi Kirana, Haqiem Rusli dan Santesh.

Lebih istimewa, konsert turut melibatkan persembahan anak-anak Palestin daripada Palestin Forum Malaysia.

"Kami gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini dan ini terbukti bahawa Palestin dan Malaysia adalah bersaudara," kata Pengerusi Palestin Forum Malaysia, Dr Ibrahim Adwan.

Turut serta menyaksikan Konsert Ini Baru Bintang 4.0, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Kementerian Komunikasi dan Digital, Nik Kamaruzaman Nik Husin.

ZEHRA BINTI ZAMBRI