fb fb fb fb fb

Kerabat diraja dan duta asing antara tetamu kenamaan RWMF2024

Majlis Penghargaan Penaja RMWF 2024

KUCHING, 19 Jun- Dua kerabat diraja dan duta-duta negara asing antara kenamaan yang turut menghadiri Festival Hutan Hujan Sedunia, RMWF 2024 di Santubong.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, kedua-dua tetamu diraja tersebut telah mengesahkan kehadiran mereka untuk RWMF Ke-27 yang bermula Jumaat depan.

Katanya pembinaan ruang khas untuk tetamu diraja dan kenamaan berkenaan telahpun siap dibina selain kemudahan untuk lebih 20,000 pengemar festival ikonik Sarawak itu.

Keselamatan semua pihak tetap menjadi keutamaan penganjur terutamanya pemeriksaan bahan-bahan terlarang selain ditambah dengan unit anjing K9.

Beliau berkata demikian di Majlis Penghargaan Penaja RMWF 2024 di Kuching.

Turut berlangsung serentak, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) perkongsian strategik tiga tahun antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Malaysia Aviation Group (MAG).

MOU tersebut membincangkan bidang utama dalam usaha bersama untuk mempromosikan pelancongan di Sarawak serta meneroka dan melaksanakan aktiviti menggunakan perkhidmatan oleh MAG untuk manfaat bersama.

Manakala majlis awal merupakan penghargaan kepada penaja-penaja termasuk syarikat penerbangan, pengangkutan, makanan dan minuman, penginapan dan penyiaran yang telah membantu RWMF menjadi mercu tanda utama dalam mempamerkan identiti, warisan, kegembiraan hidup dan perpaduan di Sarawak.

Bertemakan 'Evolution' festival kali ini akan menampilkan nama-nama besar dalam industri muzik global, antaranya artis ternama Jepun, Kitaro selain artis terkenal Malaysia, Datuk Zainal Abidin serta artis Sarawak, Belle Sisoski.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE