LOS ANGELES, 21 Ogos- Penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez memfailkan perceraian ke atas suaminya yang juga pelakon, Ben Affleck selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan.
Portal hiburan TMZ melaporkan Lopez, 55, memfailkan surat cerai di Mahkamah Tinggi Los Angeles, semalam.
Kertas cerai menyenaraikan tarikh perpisahan pada 26 April 2024, menurut TMZ, yang menyatakan pasangan itu tidak lagi berkomunikasi.
Pasangan digelar "Bennifer" itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.
Lopez dan Affleck, 52, juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.
Ia perkahwinan keempat untuk Lopez dan yang kedua Affleck.
Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat sejak awal tahun ini. -AFP