WASHINGTON, 25 Oktober- Pelakon veteran Amerika Syarikat, Richard Roundtree, yang digempar-gempurkan sebagai "hero aksi kulit hitam pertama" meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Mendiang mendapat gelaran tersebut menerusi lakonannya dalam filem hit ikonik pada tahun 1971 berjudul "Shaft".
Syarikat penerbitan, Deadline memaklumkan, Roundtree menghembuskan nafas terakhir semalam di atas katil dengan ditemani oleh ahli keluarganya.
Mendiang dilaporkan menderita penyakit kanser pankreas.
"Legasinya yang kekal akan dirasai untuk generasi akan datang. Hati kami bersama keluarga dan orang tersayang mendiang dalam masa yang sukar ini," menurut agensinya kepada Deadline. -AFP