fb fb fb fb fb

Hampir setahun berehat, Wani Kayrie hadiahkan 'Aiman Tino'

Wani Kayrie

KUALA LUMPUR, 25 November- Selepas hampir setahun berehat Wani Kayrie, 24 tahun tampil dengan buah tangan terbaru dengan sebuah lagu berjudul 'Aiman Tino'.

Lagu sentuhan penggubah lagu Ezra Kong itu mengisahkan seorang perempuan suka kepada lelaki yang mempunyai imej comel seperti 'Aiman Tino'.

"Keistimewaan lagu ini terletak pada korus kerana ia lebih mudah melekat dalam pemikiran pendengar. Selain itu, Wani juga ada berbincang bersama-sama Ezra Kong untuk menambahkan sedikit elemen kemelayuan pada bahagian 'bridge' bagi membezakan identiti Wani berbanding lagu-lagu sebelum ini," katanya.

Ketika ditawarkan lagu berkenaan untuk dinyanyikan, sumandak Sabah itu berkata ia merupakan perkhabaran gembira dan istimewa.

"Selain daripada rasa gembira menyanyikan lagu yang sangat menarik dan kena dengan minat Wani, saya juga rasa teruja.

"...kerana dapat bekerjasama dengan seorang penggubah lagu berbakat besar dan pernah memenangi pelbagai anugerah pada Anugerah Juara Lagu," katanya lagi.

Pelantun lagu 'Jangan Jangan' itu berharap lagu berkenaan mendapat tempat di hati setiap peminat dan pendengar tanpa mengira usia.

Lagu 'Aiman Tino' boleh didengarkan menerusi semua platform digital.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI