fb fb fb fb fb

Hampir 5,000 orang dijangka hadir program Datum Munajat

Hampir 5,000 komuniti sekitar Lembah Klang disasarkan hadir pada program Datum Munajat di pusat beli belah, Datum Jelatek, Sabtu ini.

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Hampir 5,000 komuniti sekitar Lembah Klang disasarkan hadir pada program Datum Munajat di pusat beli belah, Datum Jelatek, Sabtu ini.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat Datum Corp International Sdn. Bhd, Suzana Zakaria berkata pendakwah terkenal Indonesia, Habib Husein Ja'far Al-Hadar bakal menghadiri program itu bersempena sambutan ambang Tahun Baru 2024.

Menurut Suzana, program selama tiga hari itu dimeriahkan beberapa pendakwah dan selebriti antaranya Habib Nael Ben Taher, Syeikh Muhammad Siddiq, Anas Abu Jaish dan ramai lagi.

Penganjuran program buat julung kali itu bertepatan dengan tema mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

"Kita sudah berada di penghujung, satu objektif yang bersesuaian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kita adalah anak syarikat PKNS, yang membawa program keagamaan tetapi lebih santai. Jadi kami mengadakan munajat dan selawat muzikal. Kita ada artis yang pernah menyanyi lagu ketuhanan seperti Datuk Ramli Sarip dan Mawi.

Sementara itu, pengarah dan pelakon, Erma Fatima yang bertindak sebagai penyelaras program berkata usaha menyemarakkan sambutan tahun baharu dengan program keagamaan seperti itu wajar diteruskan dan dicontohi mana-mana pihak.

"Ini sahutan cukup baik yang saya terima daripada pihak Datum, ini adalah satu cara dakwah yang berbeza," kata Erma Fatima.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM