fb fb fb fb fb

Bekas penyanyi One Direction, Liam Payne meninggal dunia

Foto Reuters

BUENOS AIRES, 17 Oktober- Bekas penyanyi One Direction, Liam Payne, 31 tahun disahkan meninggal dunia pada Rabu, selepas terjatuh dari balkoni bilik hotelnya di tingkat tiga.

Menurut polis Argentina, panggilan kecemasan itu diterima dari kawasan kejiranan Palermo di ibu negara memaklumkan tentang "lelaki agresif yang mungkin berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol".

"Pengurus hotel turut menjelaskan bahawa terdengar bunyi kuat di belakang hotel dan pekerja mendapati seorang lelaki telah terjatuh dari balkoni," kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa mengesahkan kematian penyanyi Britain itu.

Mayat Payne kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Peminat dan penonton berkumpul pada awal petang Rabu, meratapi pemergian Payne.

"Saya terkejut sekarang. Liam sentiasa baik dengan saya. Dia adalah salah seorang artis pertama yang saya dapat bekerjasama. Saya tidak percaya dia sudah tiada," kata penyanyi Amerika, Charlie Puth di Instagram.

Saluran muzik A.S. MTV, perkhidmatan penstriman Spotify dan anugerah muzik British BRITs turut menyatakan kesedihan mereka di media sosial, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayangnya.

Payne mempunyai seorang anak lelaki bernama Bear, dengan personaliti TV British dan penyanyi Girls, Aloud Cheryl pada tahun 2017.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM