(TikTok @beberexha)
NEW YORK, 20 Jun- Bintang pop, Bebe Rexha dikejarkan ke hospital selepas cedera di muka akibat terkena telefon pintar yang dilempar peminat ketika sedang membuat persembahan konsert di Pier 17, di sini, Amerika Syarikat.
Menurut agensi berita Reuters, konsert pada Ahad lepas itu dibatalkan serta-merta dan Bebe Rexha, 33, terpaksa mendapatkan tiga jahitan pada bahagian kening.
Seorang lelaki, 27, ditahan polis atas kesalahan mencetuskan kekecohan dan serangan.
Sementara itu, Bebe Rexha menerusi laman sosial TikTok berkongsi keadaan dirinya sambil mengatakan dia dalam keadaan baik.
"Saya baik saja, dan tidak apa-apa," katanya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, dalam video tersebut jelas kelihatan kesan lebam pada mata kirinya.
(Bebe Rexha dilempar telefon pintar (kiri) dan suspek lelaki (kanan)/
TikTok peminat Bebe Rexha, @bebrexha)