fb fb fb fb fb

Bad Indigo meninggal dunia

Badrul Izhan Yeop Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Penyanyi, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali Bad Indigo meninggal dunia kira-kira pukul 7.00 malam tadi.

Rakan artis, Liza Hanim berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya.

"Keluarga Allahyarham berkata jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kota Damansara esok selepas solat Jumaat," kata Liza menerusi media sosialnya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian tersebut.

Fahmi dalam hantaran di Facebook mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM