(Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58 (foto kanan), terhadap bekas isteri,
Amber Heard, 36 (foto kiri), juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country, memutuskan pelakon itu
dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta)/Foto REUTERS)
WASHINGTON, 3 Jun- Pelakon Amber Heard berkemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada bekas suaminya, Johnny Depp.
Peguamnya, Elaine Bredehoft, berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada bintang Pirates Of The Caribbean itu dalam perbicaraan kes saman fitnah yang berakhir Rabu lalu.
"Oh tidak sama sekali tidak," katanya ketika wawancara dalam rancangan NBC's TODAY semalam, mengenai sama ada Heard akan membayar Depp seperti diperintahkan mahkamah.
Bredehoft berkata, pasukan undang-undang mewakili Depp berusaha untuk melawan Heard dan menyekat bukti penting dalam perbicaraan sekali gus menghalang juri daripada memeriksa bukti dakwaan penderaan Depp.
"Beberapa perkara dibenarkan di mahkamah ini yang tidak sepatutnya dibenarkan dan ia menyebabkan juri keliru.
"Keputusan itu memberi petanda buruk bagi pergerakan MeToo dan akan menghalang wanita daripada melaporkan gangguan dan penderaan seksual.
"Ia satu mesej yang mengerikan dan kemunduran ketara," katanya.
Sementara itu, Deep dalam kenyataan berkata, dia menganggap keputusan juri yang berpihak kepadanya umpama memberi semula kehidupannya yang sudah hilang sejak enam tahun lalu.
Juri di sebuah mahkamah di Fairfax, Virginia, kelmarin memerintahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (RM65 juta) selepas didapati memfitnah bahawa dia didera bekas suaminya itu.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan jumlah itu dikurangkan kepada AS$10.35 juta (RM45 juta) selari dengan had ganti rugi punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.
Depp, 58, mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnahnya apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa dia adalah 'figura awam mewakili keganasan rumahtangga.
Heard, 36, yang pernah membintangi filem aksi Aquaman pula mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (RM439 juta), dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.
Kedua-duanya bertemu pada 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015 dan mereka berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian. - AFP
(
(Peguam mewakili Amber Heard, Elaine Bredehoft, berkata anak guamnya akan membuat rayuan
terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS)/Foto REUTERS)
Berita berkaitan
Johnny Depp menang kes saman malu terhadap bekas isteri
Johnny Depp terlepas projek AS$22.5 juta
Johnny Depp saman bekas isteri, tolak tuduhan keji terhadapnya
Johnny Depp kemuka saksi tolak dakwaan kaki pukul isteri
Saksi sahkan Amber Heard didiagnosis alami gangguan kecelaruan personaliti