
GAZA, 19 Februari – Warga Palestin berkumpul di Gaza City pada Rabu, hari pertama Ramadan untuk untuk berbuka puasa secara beramai-ramai di antara runtuhan bangunan yang musnah.
RINGKASAN BERITA AI
- Warga Gaza berbuka puasa secara beramai-ramai di antara runtuhan rumah mereka pada hari pertama Ramadan.
- Meja panjang disusun di tengah runtuhan, keluarga berkumpul dengan hiasan ringkas dan muzik keagamaan.
- Mereka tetap berazam berbuka di hadapan rumah yang musnah walaupun mengalami kehilangan dan kesengsaraan perang.
Meja-meja panjang disediakan di tengah-tengah runtuhan, tempat keluarga-keluarga duduk bersama. Dengan hiasan yang ringkas dan berlatar belakangkan muzik keagamaan.
“Kami berkeras pada hari pertama bulan Ramadan yang diberkati untuk berbuka puasa di hadapan rumah kami yang musnah,” kata lelaki Palestin, Mouhamed Al Dada.
Israel melancarkan perang udara dan daratnya di Gaza selepas serangan rentas sempadan yang diketuai Hamas pada 7 Oktober 2023.
Serangan Israel telah mengorbankan 72,000 rakyat Palestin, kata pihak berkuasa kesihatan.-REUTERS