
N’DJAMENA, 7 Ogos – Seramai 13 orang disahkan meninggal dunia akibat taun di Chad sejak wabak itu diisytiharkan secara rasmi pada Julai lalu.
- Hampir 240 kes kolera direkodkan di seluruh Chad.
- Wabak melanda wilayah Hadjer Lamis dan ibu negara N'Djamena.
- Kebanyakan kematian dilaporkan di N'Djamena pada Ogos.
- Kira-kira 50,800 individu divaksinasi; kekurangan air bersih dan sanitasi menyukarkan pembendungan.
Kementerian Kesihatan Chad memaklumkan, hingga Isnin, hampir 240 kes jangkitan taun telah direkodkan.
Menurut kementerian itu, wabak berkenaan melanda wilayah Hadjer Lamis di utara Chad serta ibu negara, N’Djamena.
“Secara keseluruhan, terdapat 239 kes dilaporkan di seluruh negara, termasuk 13 kematian dengan kadar kematian 5.4 peratus, ” menurut kementerian berkenaan dalam buletin rasminya.
11 daripada 13 kematian berlaku di N’Djamena pada Ogos.
Kira-kira 50,800 individu telah divaksinasi sejak penularan wabak itu diisytiharkan pada 24 Julai lepas.
Kematian pertama dilaporkan lebih sebulan awal iaitu pada 13 Jun.
Beberapa negara Afrika melaporkan penularan wabak taun sejak beberapa bulan lepas, termasuk Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo dan Nigeria.
Kementerian Kesihatan Chad menjelaskan, kemudahan rawatan air sisa moden hampir berjaya menghapuskan penyakit tahun di kebanyakan negara maju.
Bagaimanapun, akses yang terhad kepada bekalan air minuman selamat dan kemudahan sanitasi di Chad menyebabkan penyakit itu masih menjadi cabaran besar untuk dibendung. – AFP