Venezuela bebaskan 131 lagi tahanan politik

Foto AFP

CARACAS, 15 Ogos – Kerajaan sementara Venezuela membebaskan 131 lagi individu yang dianggap sebagai tahanan politik, menjadikan 1,046 dibebaskan sejak 3 Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembebasan berlaku ketika rundingan bagi mendamaikan negara selepas penyingkiran Nicolas Maduro.
  • Kerajaan berkata mereka diberi langkah alternatif kepada pemenjaraan melalui Program Keamanan dan Kehidupan Bersama Demokratik.
  • Antara yang dibebaskan ialah Emirlendris Benitez, ditahan berhubung insiden dron ketika ucapan Maduro pada 2018; rakaman tunjukkan dia memeluk anak lelakinya.
  • Dinorah Figuera menyeru tuntutan berterusan bagi kebebasan penuh tahanan politik supaya rakyat dapat bertemu semula keluarga.

Langkah itu dibuat ketika rundingan bagi mendamaikan negara berkenaan selepas penyingkiran Nicolas Maduro terus berlangsung.

Menurut kerajaan, kumpulan berkenaan diberikan “langkah alternatif kepada pemenjaraan” menerusi Program Keamanan dan Kehidupan Bersama Demokratik.

Antara yang dibebaskan ialah Emirlendris Benitez, yang dipenjarakan susulan insiden dron membawa bahan letupan ketika Maduro berucap dalam perbarisan tentera di Caracas pada 2018.

Rakaman di media sosial menunjukkan Benitez yang menggunakan kerusi roda memeluk anak lelakinya selepas dibebaskan.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas tokoh pembangkang, Dinorah Figuera berikrar memperjuangkan pembebasan tahanan politik dalam rundingan rasmi bersama kerajaan sementara.

Setakat Isnin lalu, serramai 391 tahanan politik dipercayai masih berada dalam penjara.

“Mereka semua berhak mendapat kebebasan sepenuhnya.

“Marilah kita terus menuntut perkara ini tanpa henti sehingga setiap rakyat dapat bertemu semula dengan keluarga mereka,” kata Figuera menerusi X. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.