Tujuh paus pembunuh pigmi diselamatkan selepas terdampar di Taiwan

FOTO REUTERS

PINGTUNG, 24 Februari – Pasukan penyelamat Pengawal Pantai di selatan Taiwan bertungkus-lumus menyelamatkan sekumpulan paus pembunuh pigmi yang terdampar di pantai di daerah Pingtung, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuh paus pembunuh pigmi diselamatkan dan akan dilepaskan semula ke laut menggunakan bot pada hari sama.
  • Empat daripada 11 paus ditemui mati ketika anggota penyelamat tiba di lokasi.
  • Anggota pengawal pantai memberikan bantuan kecemasan termasuk menyimbah air, menggali sokongan pasir dan menggunakan pengusung.

Sebanyak 11 ekor paus ditemui terdampar, namun empat daripadanya disahkan mati ketika anggota penyelamat tiba di lokasi selepas dimaklumkan orang awam.

Anggota pengawal pantai dilihat menyimbah air laut ke atas haiwan yang masih hidup, menggali lubang sokongan di pasir bagi menstabilkan kedudukan badan serta menggunakan pengusung untuk mengalihkan paus berkenaan.

Menurut laporan di media sosial, tujuh paus yang terselamat akan dilepaskan semula ke laut menggunakan bot pada hari sama.

Punca kejadian paus terdampar itu masih belum diketahui.-REUTERS