Trump tandatangan Rang Undang-Undang tamatkan penutupan 43 Hari

WASHINGTON, 13 November – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani rang undang-undang menamatkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah Amerika selama 43 hari yang melumpuhkan Washington dan meninggalkan ratusan ribu pekerja tanpa gaji.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rang undang-undang diluluskan untuk membuka semula jabatan dan agensi persekutuan yang ditutup.
  • Peruntukan termasuk pembiayaan tentera, hal ehwal veteran, dan Jabatan Pertanian hingga akhir Januari.
  • Ratusan ribu penjawat awam kembali bekerja dan kakitangan penerbangan menerima gaji tertunggak.

Dewan Perwakilan Rakyat yang diketuai Republikan meluluskan pakej yang dibawa Senat untuk membuka semula jabatan dan agensi persekutuan.

Antara pakej itu ialah membiayai ketenteraan, hal ehwal veteran, Jabatan Pertanian dan kerajaan lain hingga akhir Januari.

Sebanyak 670,000 penjawat awam yang digantung tugas akan kembali bekerja, manakala lebih 60,000 pengawal trafik udara dan kakitangan lapangan terbang akan menerima gaji tertunggak.

Ia juga memulihkan penjawat awam yang dipecat semasa penutupan dan sektor penerbangan dijangka pulih secara berperingkat.- AFP