Trump haramkan AS import robot humanoid buatan China

Foto REUTERS

WASHINGTON, 29 Julai – Pentadbiran Presiden Donald Trump melancarkan sekatan baharu yang menyasarkan import robot dan power inverter baharu dari China, dalam usaha melindungi pembangunan industri kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) daripada ancaman keselamatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • FCC mengumumkan larangan import robot humanoid dan robot berkaki empat baharu dari China.
  • Larangan juga menyenaraikan power inverter, sistem bateri kepada grid elektrik dan peralatan pusat data.
  • Langkah bertujuan melindungi rantaian bekalan AI AS daripada gangguan, kecurian data dan serangan siber serta galak pemindahan pembuatan ke AS.
  • FCC menyatakan peranti ini boleh menimbulkan kerentanan kepada keselamatan ekonomi, negara dan infrastruktur kritikal; pengerusi Brendan Carr tekankan peranan suruhanjaya.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mengumumkan langkah tersebut pada Selasa, antaranya melarang import robot humanoid (berkaki dua) dan robot berkaki empat (quadruped) baharu buatan China.

Larangan turut menyenaraikan power inverter iaitu sumber tenaga boleh diperbaharui serta sistem bateri ke grid elektrik dan peralatan pusat data.

Langkah ini menyasarkan perlindungan rantaian bekalan AI AS daripada risiko gangguan, kecurian data dan serangan siber oleh China, di samping mendesak syarikat teknologi memindahkan operasi pembuatan mereka ke AS.

“Peranti ini boleh mewujudkan kerentanan rantaian bekalan yang berpotensi menjejaskan keselamatan ekonomi dan negara serta menimbulkan risiko keselamatan siber terhadap infrastruktur kritikal Amerika,” kata FCC dalam satu kenyataan rasmi.

Pengerusi FCC, Brendan Carr turut menegaskan suruhanjaya itu akan terus memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan rantaian bekalan kritikal negara.

Sebelum ini, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent turut memberi amaran syarikat AI China berdepan kemungkinan sekatan AS sekiranya terbukti mencuri harta intelek milik negara itu.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.