Trump dakwa keupayaan tentera Iran, lumpuh

Donald Trump/ AFP

WASHINGTON, 4 Mac– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa serangan bersama AS dan Israel telah melumpuhkan sebahagian besar keupayaan ketenteraan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mendakwa serangan bersama AS dan Israel melumpuhkan sebahagian besar keupayaan ketenteraan Iran.
  • Dia menegaskan aset seperti tentera laut, tentera udara dan sistem radar Iran telah dimusnahkan.
  • Trump menafikan dakwaan beliau dipaksa Israel melancarkan operasi tersebut.
  • Tindakan itu dikatakan sebagai langkah pencegahan kerana percaya Iran merancang menyerang dahulu.

Sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau dipaksa oleh Israel untuk melancarkan perang yang kini mencetuskan ketegangan di Asia Barat.

Trump berkata hampir keseluruhan aset ketenteraan Iran termasuk tentera laut, tentera udara serta sistem radar dan pengesanan udara telah dimusnahkan dalam operasi yang bermula Sabtu lalu.

“Hampir semuanya telah dilumpuhkan.

“Mereka tidak lagi mempunyai tentera laut, tidak mempunyai tentera udara dan sistem radar mereka juga telah dimusnahkan,” kata ketika pertemuan bersama Canselor Jerman, Friedrich Merz di White House.

Trump turut menjelaskan bahawa tindakan melancarkan operasi tersebut dibuat sebagai langkah pencegahan awal kerana percaya Iran merancang untuk menyerang terlebih dahulu.

“Berdasarkan perkembangan rundingan, saya jangka mereka (Iran) akan menyerang dahulu. Saya tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya.