Trump ancam serang loji janakuasa Iran jika Tehran enggan berunding

Foto fail REUTERS

WASHINGTON, 15 Julai – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam akan memperluaskan serangan tentera negaranya ke atas Iran minggu depan dengan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi ketenteraan Amerika Syarikat akan diteruskan sehingga Iran bersedia untuk berunding.
  • AS melancarkan serangan hari keempat berturut-turut dan menguatkuasakan semula sekatan laut di pelabuhan Iran.
  • Gencatan senjata 17 Jun dilihat gagal dan tumpuan kini beralih kepada penguasaan Selat Hormuz.

Trump berkata, operasi ketenteraan Amerika Syarikat akan diteruskan sehingga Iran bersedia untuk berunding.

“Minggu depan keadaan akan menjadi lebih buruk buat mereka kerana kami akan menyasarkan loji janakuasa. Minggu depan kami juga akan menyasarkan jambatan.

“Kami akan memusnahkan semua loji janakuasa dan semua jambatan mereka, melainkan mereka kembali ke meja rundingan dan berunding,” katanya dalam wawancara bersama stesen penyiar Amerika Syarikat, Fox News, pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat ketika tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran bagi hari keempat berturut-turut, selain menguatkuasakan semula sekatan laut di pelabuhan negara berkenaan.

Gencatan senjata rapuh yang dicapai pada 17 Jun antara kedua-dua pihak kini dilihat gagal dipertahankan, dengan tumpuan beralih kepada penguasaan Selat Hormuz yang merupakan laluan perkapalan strategik dunia.

Ketika ditanya berapa lama serangan Amerika Syarikat akan diteruskan, Trump menjawab, “Serangan akan diteruskan sehingga saya memutuskan ia sudah mencukupi.” – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.