Tiga maut akibat runtuhan salji di pusat peranginan ski Austria

Foto REUTERS

ST. ANTON AM ARLBERG, 21 Februari – Tiga maut manakala dua lagi cedera selepas runtuhan salji melanda kawasan pusat peranginan ski di bandar St. Anton am Arlberg, menurut polis tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga maut dan dua cedera selepas runtuhan salji di pusat peranginan ski St. Anton am Arlberg.
  • Operasi menyelamat melibatkan ramai penyelamat, kenderaan kecemasan dan helikopter.
  • Beberapa runtuhan salji lain dilaporkan berlaku pada hari yang sama di kawasan berkenaan.
  • Amaran Tyrol menyatakan musim runtuhan salji luar biasa disebabkan salji baharu, angin kencang dan lapisan tidak stabil.

Operasi menyelamat melibatkan ramai anggota penyelamat, kenderaan kecemasan serta helikopter digerakkan selepas lima individu tertimbus dalam kejadian pada Jumaat.

Seorang mangsa yang cedera menerima rawatan di lokasi, manakala seorang lagi dilaporkan mengalami kecederaan serius dan identiti mangsa belum didedahkan setakat ini.

Pihak berkuasa memaklumkan beberapa kejadian runtuhan salji turut berlaku di kawasan sama pada hari berkenaan.

Menurut perkhidmatan amaran runtuhan salji wilayah Tyrol, runtuhan salji tahun ini adalah luar biasa kerana berlaku dalam masa yang panjang.

Salji baharu, angin kencang serta lapisan salji yang tidak stabil meningkatkan risiko runtuhan di sebahagian besar kawasan berkenaan.

St. Anton am Arlberg merupakan destinasi popular dalam kalangan pemain ski kerana kemudahan dan rangkaian laluan ski yang luas. -REUTERS