Thailand dijangka bentuk kerajaan baharu minggu depan

Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul/Foto REUTERS

BANGKOK, 28 Mac – Thailand dijangka membentuk kerajaan baharu seawal minggu depan dengan senarai Kabinet akan dikemukakan untuk perkenan diraja pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anutin akan membentangkan kenyataan dasar di Parlimen antara 7 hingga 9 April untuk memulakan pentadbiran.
  • Dasar kerajaan berasaskan janji pilihan raya Parti Bhumjaithai, termasuk pelaksanaan fasa baharu skim subsidi pengguna.
  • Anutin memohon maaf isu pengurusan harga minyak; kawalan harga ditamatkan, cukai dikurangkan dan langkah sokongan dirancang.

Perdana Menteri Anutin Charnvirakul berkata, kerajaan baharu akan segera membentangkan kenyataan dasar di Parlimen antara 7 hingga 9 April bagi memulakan pentadbiran.

Menurut beliau, dasar itu akan berasaskan janji pilihan raya Parti Bhumjaithai termasuk pelaksanaan fasa baharu skim subsidi pengguna.

Dalam pada itu, Anutin memohon maaf kepada rakyat berhubung ketidaktentuan pengurusan harga minyak, susulan konflik di Asia Barat.

Katanya, kerajaan telah menamatkan kawalan harga minyak dan merancang pengurangan cukai serta langkah sokongan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga.

Menteri Tenaga Auttapol Rerkpiboon berkata Thailand mempunyai rizab minyak mencukupi untuk 107 hari, manakala bekalan tambahan dijangka tiba antara April hingga Mei.

Sementara itu, Kementerian Luar sedang mendapatkan sumber bekalan minyak dari beberapa negara termasuk Brazil dan Nigeria, selain memastikan keselamatan laluan kapal Thailand di Selat Hormuz.

Kerajaan turut memberi jaminan bekalan bahan api mencukupi dan harga akan terus dipantau bagi mengelakkan kenaikan melampau. – REUTERS