Tentera Lubnan dikerah ke 165 lokasi di selatan – UNIFIL

Foto REUTERS

BEIRUT, 26 Februari– Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengumumkan bahawa tentera negara itu telah dikerahkan di 165 lokasi di selatan Lubnan sejak pemberhentian permusuhan pada November 2014, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

RINGKASAN BERITA AI
  • UNIFIL menyatakan tentera Lubnan dikerahkan di 165 lokasi di selatan Lubnan sejak gencatan senjata.
  • Pengerahan dianggap penting untuk memperluas kuasa kerajaan di kawasan selatan.
  • Langkah itu bertujuan meningkatkan keselamatan komuniti setempat.
  • Perkembangan disahkan hasil penyelarasan rapat dan usaha berterusan selaras Resolusi 1701.

Dalam satu kenyataan, UNIFIL memaklumkan bahawa pihaknya terus menyokong tentera Lubnan dalam penugasan semulanya di selatan negara berkenaan, sambil menyifatkan pengerahan mereka di 165 lokasi sejak perjanjian gencatan senjata sebagai langkah penting ke arah memperluas kuasa kerajaan serta meningkatkan keselamatan komuniti di selatan.

Menurut UNIFIL, kemajuan itu adalah hasil penyelarasan rapat di lapangan dan usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih stabil, selaras dengan Resolusi 1701. /BERNAMA-QNA